Employee Sharedauto

MEMO PERMOHONAN CUTI UNTUK JABATAN JUALAN

MEMORANDUM

Tarikh : 20hb Disember 2024

Daripada : Jabatan Sumber Manusia

Kepada : Jabatan Jualan

Perkara : PERINGATAN – PERMOHONAN CUTI ________________________________________________________________________

Tuan/ Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman kepada semua kakitangan Jabatan Jualan, pihak Syarikat telah sekian lama menggunakan platform Google Form untuk mengisi permohonan cuti. 

Semua kakitangan dari Jabatan Jualan perlu mengisi Google Form untuk memohon Cuti Tahun, Cuti Sakit (MC), Cuti Ganti dan Cuti Tanpa Gaji.

Bagi Cuti Tahun, Cuti Ganti dan Cuti Tanpa Gaji, permohonan perlu diisi sekurang-kurangnya 3 hari sebelum.

Bagi Cuti Sakit (MC) pula, permohonan perlu diisi pada hari sakit tersebut dan wajib upload MC original ke dalam Google Form.

Link Google Form : https://forms.gle/pKz5UXFceMQWf3Vs9

Kerjasama anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,

SHARED AUTO CARS SDN BHD

MUHAMAD SYAHRIN BIN HASSAN

Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *