Kepada Semua Kakitangan,
Ingin dimaklumkan bahawa salah satu akaun emel syarikat telah dikompromi semalam. Berikut adalah beberapa butiran dan langkah penting untuk memastikan keselamatan semua akaun emel syarikat:
Maklumat Insiden:
Akaun emel admin@sharedauto.com telah terjejas (di hack) dan digunakan untuk menghantar emel tidak sah kepada pihak luar.
Aktiviti mencurigakan telah dikesan seperti log masuk dari lokasi yang tidak dikenali dan percubaan phishing.
Tindakan yang Telah Diambil:
Akaun yang terjejas telah disekat buat sementara waktu untuk mencegah penyalahgunaan lanjut.
Pasukan IT sedang menyiasat insiden ini dan mengambil langkah keselamatan tambahan.
Langkah yang Perlu Diambil oleh Semua Kakitangan:
– Berhati-hati dengan Emel Mencurigakan: Jangan buka pautan atau lampiran daripada pengirim yang tidak dikenali atau mencurigakan.
– Sebelum tekan apa-apa link atau attachment, pastikan email yang diterima adalah betul-betul dari orang yang dikenali. Jangan hanya lihat pada nama penghantar, lihat juga pada alamat email tersebut, pastikan ia sama dengan penghantar dan rekod sedia ada anda.
– Laporkan Aktiviti Mencurigakan: Jika anda melihat aktiviti mencurigakan pada akaun emel anda, sila laporkan kepada pasukan IT dengan segera.
Bantuan:
Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk menghantar menerima email, sila hubungi staf IT, En. Adam Azhar, di 017-6284451.
Keselamatan maklumat syarikat adalah tanggungjawab kita bersama. Kami mohon kerjasama penuh daripada semua kakitangan untuk memastikan insiden seperti ini tidak berlaku pada masa hadapan.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. Sekian dimaklumkan dengan segala hormatnya
Yang benar,
-Ariff Jamili-
Shared Auto Cars Sdn Bhd
