
Tarikh Latihan/Kejadian : 18 Julai 2025
Masa Mula Aktiviti : 4.50 PM
Masa Tamat Aktiviti : 5.00 PM
Lokasi : Share Auto Cars Sdn Bhd. Seksyen 15, Shah Alam
Jenis Situasi : Latihan Pengosongan Bangunan Ketika Kecemasan.
Jumlah Pekerja/Pelanggan Terlibat : 79 pekerja/ 2 pelanggan
Objektif Aktiviti
- Menguji keberkesanan prosedur pengosongan bangunan ketika kecemasan.
- Menilai tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pekerja dan pelawat terhadap amaran kecemasan.
- Mengukur tempoh masa yang diambil untuk mengosongkan bangunan dengan selamat.
Ringkasan Pelaksanaan
- 4.50 PM – Penggera keselamatan di bunyikan oleh Koordinator Keselamatan.
- 4.51 PM – Semua AJK ERT mengarahkan pekerja di sektor masing-masing untuk mengosongkan bilik dan menuju ke pintu kecemasan yang terdekat seterusnya menuju ke KawasanTempat Berkumpul (Assembly Point)
- 4.54 PM – Semua kakitangan/pelanggan berkumpul di Kawasan Tempat berkumpul (Assembly Point)
- 4.55 PM – Kakitangan HR serta penyelia membuat kiraan kepala (Head Count) mengikut bahagian masing-masing dan seterusnya mengeahkan tiada individu tertinggal di dalam bangunan.
- 4.57 PM – Sesi penerangan ringkas dan ulasan oleh Ketua Keselamatan.
- 5.00 PM – Aktiviti latihan kecemasan ditamatkan dan pekerja/pelanggan kembali ke tempat masing-masing.
Pemerhatian
Kekuatan
- Kebanyakan pekerja mematuhi arahan AJK ERT dan warden dengan cepat.
- Laluan keluar kecemasan bebas dari halangan.
- Masa pengosongan keseluruhan : 3 minit 20 saat.
Kelemahan
- Beberapa pekerja masih membawa barang peribadi sebelum keluar.
- Sebahagian pekerja di bahagian cuci kereta dan blok B (bilik pekerja) tidak mendengar dengan jelas arahan melalui pembesar suara.
Cadangan Penambahbaikan
- Meningkatkan sistem pengumuman awam (PA System) di semua bahagian.
- Mengingatkan pekerja supaya tidak membawa barang semasa proses pengosongan bangunan.
- Menyediakan latihan tambahan kepada semua AJK ERT untuk mengurus pekerja yang lambat keluar.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh :
Khairul Azly B Hashim
(Koordinator Keselamatan)
Shared Auto Cars Sdn Bhd.
Tarikh : 22 Julai 2025